KISAH POLIGAMI 2
Assalamualaikum.
Kisah ini semata-mata untuk renungan dan memang adalah "story of my lives"
Aku seorang suami yang Berpoligami... tanggal 25 Mac 2004 ia bermula. Sungguh ..akhir zaman ni nabi pernah bersabda dalam hadisnya.."Islam itu dagang dan ia akan kembali dagang"..
Kenapa? AllahuAkbar...banyaknya ranjau duri yang perlu ditempuh sebagai lelaki yang beristeri DUA. Lelaki yang ingin menegakkan satu sunnah Rasullullah saw yang dagang ini. Dan yang paling mencabar bilamana ahli keluarga sendiri yang menunjukkan reaksi menentang ( bukan semua).... begitu juga dengan sebahagian kawan-kawan baik kita sendiri termasuk jiran tetangga kita. Kita terasa kehilangan ramai kawan....yg sisuami takut dimarahi siisteri bila ingin bersama dan berkawan dengan ku seperti sebelum itu.
MasyaAllah.... kakak-kakak iparku pun teruji juga. 2-3 tahun pertama perkahwinan ...kalau balik hari raya rumah ayah ibu kosong..hanya ada arwah abah dan mak... kerana semua cepat-cepat keluar berziarah ke rumah adik beradik yang lain... Kalau dikenangkan ..lucu ada..geram pun ada. Tapi sabarje lah.
Aku mendirikan poligami melalui permohonan di mahkamah... alhamdulillah. Aku nasihatkan semua lelaki yang ingin berpoligami JANGAN bernikah di Siam... jika sayangkan isteri..dan anak-anak. Kerana di mahkamah, hakim Syarai akan membuka fail khas keizinan berpoligami untuk isteri. Akan dimeterai segala syarat-syarat untuk menjaga kebajikan isteri pertama dan anak-anak. Contoh seperti ketetapan nafkah dan giliran , hak-hak ke atas harta sepencarian dan semua yang berkaitan keadilan dalam mengharungi hidup sebagai keluarga berpoligami. JIKA suami ingkar dan melanggar perjanjian ini.., maka bila-bila masa sahaja isteri boleh membuka kes di mahkamah. Jadi nasib isteri pertama dan anak-anak amat terjaga.
2004 hingga 2006 adalah satu jangkamasa yang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi bagiku, bermacam-macam ujian datang dan perlu ditempuhi...di mana secara ringkas aku nyatakan di sini HANYA SABAR sahaja pakaian yang terbaik untuk kita. Cakap senangkan..... maksud saya cakap ,'sabar'... Sesungguhnya sabar itu adalah natijah ( kesan) dari amalan kita sendiri. Kalau kita menjaga solat, menjaga al Quran, dan berusaha menjaga hubungan hati dengan Allah...dengan niat yang ikhlas..INSYAALLAH....sabar boleh menjadi pakaian kita.
2007-2013 Inilah jangkamasa yang amat menenangkan bagiku. Alhamdulillah.
TAPI rupanya 'langit tidak selalu cerah" Ingatkan panas sampai ke petang..rupanya hujan ditengahari..'
Bermula pada tahun 2014-2016 isteriku Mula melakukn prkara2 nusyuz sehingga berani meminta Cerai. Aku pernah menasihatinya..."sabarlah.. walau apapun yg terjadi abang takkan ceraikan umi.." Masih aku ingat dengan jelas bagaimana dia terus bangun berdiri dan dengan suara tinggi berkata,"kalau abang tak mau ceraikan saya, saya akan buat sampai abang kene lepaskan saya!" Akhirnya dia tega mbuat kes ke Mahkamah... DUA kali aku mengharungi suasana perbicaraan di mahkamah JAWI... pertama bagi kes Tebus talak. Kes ini ditolak oleh mahkamah. Dan yang yang kedua bagi kes fasakh ( isteri mendatangkan/memberikan sebab-sebab untuk meminta diceraikan) ...Aku mempertahankan hak ku..aku berdepan dengan PEGUAM yang dia upahi..sampai terkadang aku turut sama merasakan macam aku juga seorang peguam,, hihi.. dan akhirnya kedua-dua kes mahkamah yang dibawa oleh isteri pertamaku ditolak oleh mahkamah. Atau dalam bicara lain..dia kalah dalam permintaannya.
Nusyuz yang bagaimana ye? Contoh pada pertengahan bulan Julai 2014 dia menolak untuk tidur sebilik denganku... Dia tanpa takut dengan hukum ALLAH tega tidur dengan anak-anakku. Bila dinasihati....mudah je jawabnya..,"jika tahu aku nusyuz ceraikanlah aku". Wau..hebat wataknya bertukar.. aku masih sabar. Aku pernah bertanya kenapa nak minta cerai... dia hanya menjawab, memang niatnya hanya nak bermadu selama 10 tahun sahaja... dan nak memberikan kebahagiaan kepadaku bersama isteri keduaku... tak perlulah aku ceritakan perasaan aku ... pada adik-adiku dia berhujah dia nak fokus pada anak-anak, dan bila pencen nak mengabdikan diri mengaji di pondok ( berhampiran kampungnya).
Pada tarikh 15 Januari 2015 dia berpindah ke Taiping...mengajar di sebuah sekolah di kampung halamannya. Aku tak kuasa menahannya lagi... namun aku redo sebab waktu itu ibunya sedang sakit. Cuma bila cuti aku pulang ke rumah mertua ku...memang dia lebih melampau menunjukkan perangai nusyuznya itu... tak perlulah akau menceritakannya di sini.
Akhirnya pada hari raya Haji 2016 yang lalu.. adik2 lelakinya seramai TIGA orang telah datang berjumpa ku Mereka meminta aku ceraikn kakak mereka. Aku takkan lupa peristiwa ini.
Pendekkan cerita Akhirnya pada 6 Dis 2016..Aku dalam keterpaksaan menceraiknnya.
Sebak hatiku disaat aku melafazkan talak atasnya..
Kemudian ..tempoh edah antara aku dengannya tamat PD 6 Mac 2017...( mengikut perkiraan berdasarkan tarikh 6 Dis 2016 ) aku bertanya untuk rujuk dengannya sebelum itu, tapi dia menolak...
TIBA-TIBA dalam keadaan aku sedang membujuk diri untuk bersabar dan mengaturkan masa untuk anak-anak.. aku mendapat berita dia dah KAHWIN.
Diluar pengetahuanku .sama-sekali. 18 Mac dia bernikah. Waktu itu BARU dua minggu tamat edah kami. Kisah cinta yg hebat bukan?
Apa yg aku faham mereka Kawan lama..Bertemu kembali Masa reunion sekolah. Kalau aku tak silap 2014 dan 2015 mereka berReunion. Inilah antara kesan terburuk re union... sb dalam ISLAM reunion yang paling afdal adalah dengan sanak saudara kita.
Pada 2014 mereka secara rahsia pernah brjumpa makan2 d shah Alam. Meski dtemani anak2. Waktu itu lelaki tersebut Duda anak 4. Bekerja di sebuah syarikat swasta d Negeri Sembilan.
Aku ceraikan dia..sebab terpaksa dan kasihan.. Memang aku masih sayang dan aku berniat insyaallah aku akan mngambil nya kembali...
Aku berpoligami bukn kerana tak sayang. Malah trnyata Allah Berikn pdku rasa kasih pd dia Dan anak2 semakin tinggi selepas aku bernikah dgn isteri keduaku...
SB sbg suami aku faham perasaan isteri yg d madukn... Lantas menjadikan aku amat mghormati nya.
Lalu...Bila ini trjadi...Aku rasa teraniaya. Rasa tertipu..
Jadi jika dlm Tempoh 2014-2016 ITU mereka brhubungan Dan berkasih,. aku tak redo Dan tak ampun dosa mereka. ..Biarlah .. kerana jika aku tahu... takkan kuceraikan dia. Aku tak mahu menekan perasaan anak-anak... tapi simpatiku pada mereka tinggi amat... Hati anak yang mana TIDAK TERLUKA bila ibuayah bercerai.... kemudian dalam keadaan luka itu masih berdarah... ibu mereka BERKAHWIN lain.....................fuh... Allah hu ya Robbi.
Aku mndoakn agar Allah berikn pengajaran kpd mereka berdua...Bekas Isteri yg sewenang2 melakukn nusyuz tanpa rasa takut PD hukum Allah...Dan lelaki yg bercinta/berhubung/bertepuk dgnnya sehingga dia semakin galak meminta Cerai ... Pakatan mereka mghancurkn rumahtangga poligami yg aku dirikn dgn penuh kesabaran Dan kepayahan. ( Dagang sungguh Sunnah nabi yg ini.) Maka atas dasar ini aku tak ampunkan dosa bekas isteriku Dan suaminya. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI dan Maha Mendengar. Sepanjang ujian ini aku amat menghargai isteri keduaku... dia sentiasa mengingatkan aku supaya bersabar, "jangan sampai abang pukul kakak" itu adalah antara nasihat darinya.
Selepas ini aku hanya mengharapkan agar Allah memberikan rahmat kepadaku dan kekuatan untuk melayari bahtera kehidupan demi memastikan masa depan anak-anakku berjaya dan aku akan mnjaga isteri keduaku yang kini dialah satu-satunya Isteriku dan moga Allah memberikan kelapangan serta mengeratkan hubungan antara kami untuk meneruskan kehidupan yang masih tersisa ini. Dan ketika tanganku menaip aksara ini AKU redo dengan ketentuan Allah...cuma aku mengambil hak sebagai insan yang merasa diri teraniaya... .
This is a story of my lives.... terkenang kata-kata anak perempuanku... "Jika abah nak kawin lain, pastikan semua anak perempuan abah berkahwin dulu.." Hihi... yg tersirat mungkin dia tak mahu aku macam ibunya... tak sempat tunggu setahun dua. Masa akan menentukan segala-galanya. Wallahualam.............
25 Mac 2017 ( kebetulan hari ini adalah ulangtahun ke 13 pernikahan ku dengan isteriku sekarang.)
Buat anak-anak yang kusayang, jika membaca tulisan abah ni... maafkan abah. Terimalah ia sebagai landasan abah untuk meluahkan isi hati untuk mencari sedikit ketenangan. Insyaallah kita akan membina kebahagiaan seperti dulu juga dalam keadaan yang sedikit berbeza. amin.
Taman Cahaya Kristal
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagi yg telah membaca...mohon beri sedikit pandangan... Cuma bg saya Alhamdulillah redo dan menerima hakikat... kehidupan akan diteruskan.. Tggungjwb saya banyak..terutama untuk masa depan anak-anak, kerjaya, dan family..moga Allah ampuni dosa2 kita..
ReplyDeleteThis is a story of my lives.... terkenang kata-kata anak perempuanku... "Jika abah nak kawin lain, pastikan semua anak perempuan abah berkahwin dulu.." Hihi... yg tersirat mungkin dia tak mahu aku macam ibunya... tak sempat tunggu setahun dua. Masa akan menentukan segala-galanya. Wallahualam.............
ReplyDeleteMaksud tersiratnya ialah, supaya dijalankan tggungjawab ayah dengan lbih baik khusus bab nafkah. Cukupkan nafkah ntuk anak2 dlu.
Jazakillah atas peringatan.. InsyaALLAH
DeleteAnakandaku
DeleteIni msgge sang Isteri minta juga2 sisuami ceraikannya....
ReplyDeleteHj prmainkn janji .
Apa sebnrnya nak diprtahankn..
Ant kita sudah tidak dpt mlaksanakn hukum Allah..
Tggjwb suami istri sudah trhenti..
Terimalah ketentuan ini... sy mohon maaf atas perkara2 yg hj trkilan yg lalu.. hj .. jgnlah mngaibkn sy itu ini....
Cukuplah setakat ini..
Tak ada jantanpun dlm hidup sy.. sy cuma inginkn ketenangan hidup dlm sisa2 waktu terakhir ini..
Sy takut.. ketika sy Allah humban dlm neraka.. hj turut didakwa sama..
Dgn rendah diri sy mohon kpd hj..
Di pagi jumaat yg mulia ini..
Berbaliklah kpd Alquran..brlapang dada.. brbaik sangka..
Hj pun bakal mnjd pengetua.. bgimn boleh mngurus sekolah sdg masalah sendiri tidak selesai..
InsyaAllah.. semoga trbuka hati hj unt membuat kputusan yg trbaik ant kita.. walau Allah benci..nmun itulah jln trakhir mnutup dosa2 kita..
Wallah huaqlam..
Bila Cerai..... TAK SAMPAI DUA MINGGU TAMAT EDAH ...SIISTERI TERUS KAHWIN LAIN. Allahuakbar.
Mesej dihantar setelah mahkamah menolak saman beliau, dan setelah TIGA adik lelakinya berjumpa aku..... hebat pakatan mereka (mungkin )
ReplyDelete